About Me

My photo
24th,single,ipoh perak

.


me and sayang.... ;)

Daisypath Anniversary tickers

ma baby...;)

Lilypie Maternity tickers

cik ter...

Conflakes Coklat  

Posted by: Sue Rosli



Ahhaa... setelah berbuka... aku mulakan resepi kuih ghaye yg kedua...

cornflake coklat...ker.. coklat cornplake... lebih kurang la tu... aku dapat resepi ni dr kawan aku...cik nisya... tak tau la aku buat ni same rupa dan bentuk serta rase yg macam dia buat..hehehhehehehheh...

bahan-bahan:

cornflake...kotak yg percuma 50gm jugak..hehehhe... cooking coklat.. mentega... gula sikit... kismis... color rice...

same jer macam buat cornlake madu...

cairkan coklat ng mentega...buh gula sikit kalau rase coklat tu pahit sgt... pastu bila dan cair.. gaulkan kismis ng cornflake tadi sampai sebati..masuk dlm cup...

siap!!...

hehehhe...sedap jugak aku buat niii...!!

Aktiviti petang Jumaat...  

Posted by: Sue Rosli

Hari Khamis... macam hari-hari biase laa..boring...tetiap petang layan tenet jer...teringin plak nak buat kuih raye.. hmm..sembang-sembang ng adik aku.. buat kuih yg senang sudah.. petang tu jugak kami keluar g beli barang nak buat kuih rayer... abes dekat RM60 jugak laa... time tu cakap kat adik.. ''kalau tak sedap..rugiiiiii je..'' ... heheh . balik tu dengan semangat berkobar-kobar nak buat kue.. tapi hampehhhhh... malas jugak...

Last-last..petang Jumaat yg indah jugak start buat.. heheh,,, hasilnyaa... agak cemerlang laa...

Petang tu aku buat cornflakes madu... aku di bantu adik aku yg last tu... slow sgt wat keje.. ekekekke....
senang je nak buat.. bahan-bahan nak buat:

- sekotak cornflake yang percuma 50gm...(ada resepi kat belakang kotak..hehehe)

-mentega.. aku guna 250gm

-gula...satu cawan teh..<-- cawannnn.... bukan sudu taw.!!

-madu...10 sudu besar....



gerun kan...tgk cam manesss jerr... hehhehe

cara-cara nak buat plak...

aku cairkan mentega tadi...pastu dengan gulaa... kacau sampai larut...pastu masuk madu... agak2 dah pekat..tutup api... tadi masa gaul tu api kena la kecik.. nanti kering plakk..hanguss nanti...

dah tutup api tu... tgu kejap bg sejuk tapi jgn terlalu lama sangat nanti gula tu beku plak...
agak2 dah sejuk gaul dengan cornflake tadi...bila dah sebati...masukkan cornflake tu dlm cup.. suka ati la cup corak ape or kaler ape.. asal happy sudah... pastu kalau nak bg lawa letak la coloured rice ker..manik2 ker.. suke ati ampaa!!... pastu bg dia sejuk n gula tu beku..(jgn masuk lam peti ais plak...) agak2 dalam 10 minit tu..simpan dlm bekas kedap udara... nanti masuk angin plakk...

oke ye puan2... hehehe..selamat mencuba..!! ( tak sedap jgn marah aku.... aku pun ikut buku resepi.. aku buat sedap ..) ehehhehe...

 

Posted by: Sue Rosli



Kepada kawan-kawan...
aku wakilkan orang diatas memberi ucapan....!!

hahahha...

gurau jerkk...
k..aku ucapakan
Selamat hari raya...

Maaf Zahir Batin...

 

Posted by: Sue Rosli

Mohd Khairulnizam Bin Abdul Khair

Syuhada Binti Rosli


Doakan kami bahagia sepanjang hayat kami, Limpahkan kami rezeki yang halal, dan keluarga sempurna yang aman dan bahagia selamanya,
Amin...

MAKAn-MakaN  

Posted by: Sue Rosli

CUBA JANGAN TAK CUBA TAU….. SEDAP-SEDAP NIH…

SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan

1 kg sotong
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Bahan-bahan

Bahan A
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 santan pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Mesin
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

SWEET-SOUR KETAM

Bahan-bahan

4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

Sambal Udang & Petai

Bahan-bahan

500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara Memasak

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

AYAM PERCIK LADA HITAM

Bahan-bahan

1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara Memasak

1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya

SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan

1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara Memasak

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

NASI DAGING

Bahan-bahan

1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara Memasak

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

 

Posted by: Sue Rosli

untuk sayang.... :)

20 cara untuk jadikan roomate anda gila!  

Posted by: Sue Rosli


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

 

Posted by: Sue Rosli

kisah cinta kau dan aku....

kecik: hai orang sebelah...
besar: ape hai-hai... orang melayu kan... bagi salam laaa....
kecik: (siot punye jantan...) Assalamualaikumm.....awk ape khabo...?
besar: haaaa.... camtu laaa... waalaikumsalamm... sihat jerr...

moral:... kite seelok-eloknya sebagai orang Melayu beragama islam.. bagi la salam..kan lebih elokk....


 

Posted by: Sue Rosli

Mari Memasak... EhEHHEhh...

tapi nak masak apeeeee....???
bulan-bulan pose ni agak susah kalau nak masak2..
takut tak sedap.. (sebenarnya takde la terer masak pun)...
baik g membeli je kat bazaar ramadhan tuu...
ahahahaha...
dasar pemalass!

 

Posted by: Sue Rosli

Apa anda rasa bila orang yang kita sayang sangat tak jujur dengan kita??

ni yang aku tgh pikir skang ni..kalau la bende ni jadi kat aku... ape aku nak buat yerrkk...?? dalam hati ni tak payah cakap laa...dah hancur..punah harapan dan kadang-kadang rasa macam nak balas jer balik ape yang dia dah buat kat kitaa... tapi kita...yang selalu jadi yang kebanyakkan perempuan dan aku sendiri, mewakili hati seorang perempuan... ape yang kita boleh buat..ialah BERSABAR.. tapi sampai bila? ????

tetiba kuar lagu ramlah ram plak...(ku kunci cintamu...didalam hati muu...)..hehehe

ok..cite balik... aku ada satu KES nak cerita kat sini....bende ni jadi kat kawan aku tapi terasa sgt bila dia cite kat aku..sendiri dapat rasa tapi pengalaman tu takde la sampai seteruk yang dia rasa...kesian kat dia,adik2 dia dan terutama mak dia...

cerita camni...

ada sebuah keluarga..hidup bahagia hampir 26thn...(menurut kata dia)... sepasang suami isteri ni dikurniakan 3 orang anak perempuan.. masing -masing dah besar dah anak2 dia ni..dah boleh kawen pon..hehehe...(macam family aku plakk....tapi bukann...)

sepanjang hidup mereka...aman bahagia takde masalah pun...dan tahun 2009 menyaksikan segala tragedi yang tak seronok bagi keluarga mereka dimana ayah mereka sudah seperti bosan dengan mereka...( tak pasti plak sebab ape..).. rasenye la bosan..aku belasah je niii..nak bagi sedap ayat..hehhehe...

kawan aku sorang ni pakar dalam komputer...adik2 dia pun sama tapi tak pakar sangat la macam dia...(kata dia).. satu hari... pada bulan 8 tahun 2008.. ayah mereka naik pangkat dan otometik..gaji pun naik lahh.. dan bila gaji dan naik... maka ayah mereka beli la sebijik kereta keluaran terbaru malaysia... proton kot..aku pun tak pasti kereta ape.. sebab selama ni..keluarga mereka hanya menggunakan kereta import keluaran jepun edisi lama... tak tau aku kereta ape..tapi buruk laa..(kata dia lagi)...

dan sejak dari itu..sikap ayah mereka seperti KERA DAPAT BUNGA..! (betul ker pepatah ni).. sebab sejak ada kereta baru..tak penah dia nak lekat kat rumah...tiap-tiap minggu asyik keluar jerr.. dan sejak itu jugak lah... hubungan ibu dan ayah mereka sudah tidak semesreee petronas.. hehehe.. maksud aku.. tak bahgia laaa... asyik nak bergaduhhh jer... bila anak nak pinjam kereta..tak bagi..takut eksiden laa..langgar tiang laa...macam2 alasan supaya anak dia tak bawak kereta baru tu...

dan perkara sebegini berterusan la sehingga sekarang... sikap ayah mereka semakin lama semakin menjadi2..sampai kadang2 tak balik rumah... kawan aku sorang ni pada mulanya..begitu susah ati dengan sikap ayah mereka.. lagi-lagi melihat ibu mereka yang semakin hari semakin murung... sudahla hal keluarga tak ambil peduli... bercakap tanya kabar anak2 pun tidak... asal balik kerja jer.. mengadap depan komputer..berchatting dan berblog...(macam aku..heheheh)..

kawan aku ni ade la jugak ceritaa... duit belanje rumah sejak dah naik gaji ni lansung tak bagi... asal mintak jer..takde duit... alasan ayah dia bagi.. nak bayar rumah , kerata baru lagi.. bil kad kredit lagi..bil itu ini dan macam2 alasan... dan pada saat itu la..kawan aku dan adik beradik serta ibu mereka mengesyaki sesuatu yang ganjil dr makhluk asing... huhu.... mereka mula siasat ala2 james bond gitu... dan hasilnyaa...tak pasti lak aku.. heheh...lek laaa... aku ceritaa... heheh

rehat jap..minum airr...

sambung.. pada suatu hari.. kawan aku ni pegi cek beg kerja ayah diaa.. jumpa macam2 la dokumen kerja..dia kata dia pun tak paham kerja yang ayah dia buat... pastu dia cek lagi dan lagi sampai dia puas hati.. dan terjumpa sim pack baru.. num maxis sebab sebelum ni ayah dia pakai celcom... maka disini... makna kata ayah dia ada 2 henpon yg selama ni diorang sendiri tak tahu.. hahaha... ape lagi..mula pemikirian masing2 meliar kearah negatif... ' mesti ayah ade girlfren lain!!' kata adik dia yang tgh nak amek spm.. dan tak semena2..semua bersetuju dengan kenyataan adik dia... tapi... tak baik tuduh tanpa bukti.. dia pun cek2 dan makan masa hampir berbulan2 lamanya...

dan pada bulan 7 lepas..dia dah syak..mmg ayah dia ada hubungan sulit diluar..jeng jengggg... best ni..gosipp.. heheh.. dia cerita kat aku.. sejak dari bulan 7 tu.. tiap2 malam ayah dia keluar duduk depan rumah sambil bercakap dalam telefon.. sangat lembut dan romantik... hairan..takkan cakap hal kerja time2 tgh mlm ni..nada lembut plak tuu.. ni mesti ada ape2.. dia pikir cenggitu... esok nye plak.. sewaktu ayah dia sedang syok2 berchatting dan berblog... dia terpandang ada satu gambar perempuan dengan ayahnye sedang berpelukan... maka..dia amat terkejut dengan perbuatan ayahnye itu...

dia yang rabun2 ayam sebenarnya 50-50 nak syak ayah dia dlm gambar tu.. sebab dia kata..tak mungkin ayah dia sanggup buat camtu sedangkan dekat rumah ni ayah dia kuat sembahyang dan selalu pergi semayang kat masjid...selalu nasihat anak2 supaya sembahyang 5 waktu dan sebagainya berkaitan agama... dia pun pergi merepot kepada adik2 serta ibu dia.. dan ibu dia trus buat muka sedih...ye laa..hati perempuan..termasuk la adik2 dia.. aku dengar pun aku sedih dan sakit hati... dalam otak aku.. kalau betul la tu ayah dia.. memang MUNAFIK.. depan anak2 elok sungguh pakai kopiah pergi masjid tapi belakang.. wallahualamm....

dan kawan aku seko ni mula memikirkan sesuatu yang advance... dengan kepakaran yang dia ada.. dia hack komputer bapak dia tu supaya dapat masuk dlm email dan blog bapak dia..

dan...

kejayaan yang patut dipuji... dia berjayaa... dan hasilnyaa...ya Allahh... sungguh tak sangka dia dan ibu serta adik2nya... benar ape yang dia ternampak haritu... email berbau lucah antara bapak dia dan betina tu..gambar mereka berdua diabadikan didalam blog serta berbagai2 lagi aksi yang...nauzubillahhh!!! aku nak cerita pun tak sanggup..tapi nak cerita jugak....!
mmg tak disangka wahai kawan2 ku sekalian... ape yg diceritakan olehnyer kat aku..mmg aku yg terasa begitu perit ape yg dia rasa.... apatah lagi hati seorang isteri iaitu ibu dia... sedih dan sedih serta sedih sepanjang zaman..itulah yg dia cerita aku... mak dia hanya berdiam diri dan nak tgu sampai bila perkara ni akan berterusan ..(kalau aku takk..terus serangg).. tapi betul.mak dia seorang yg sangat sabar...tu yg aku kenal ... kawan aku yg seko ni.. mulut dah la capoiiii.. menyumpah seranah bapak dia depan aku.. ade ke patut?? hmmm..patut ker...?? iskhh tak tau la aku....kesian aku dengan diorg... skang aku taktau ape dah jadi dengan keluarga diorg...tak dapat info lagi..nanti aku tanyaaa.. heheheh...

dan sebagai penutup cerita tergantung aku ni...

apa salah mereka...?? hidup bahagia setelah 26 thn.... hanya kerana rezeki yang Allah beri sudah begini perangai seorang lelaki yang bergelar ayah... Riak,takbur...lupa diri dan sebaginyaa...Nauzubillahh....Wallahualam...

kepada kawan2...jangan la kita riak dan takbur dengan ape yang Allah dah kurniakan dekat kita,, bersyukur dan gunalah sebaik yng boleh dengan apa yg telah diberi olehNya,.. Hidup kat dunia ni cuma semntara..esok lusa kalau Allah tarik balik nikmat yg Allah bagi tu...Wallahualam..


Extended Network Banners Related Posts with Thumbnails

meh sembang kat sini...;)


ShoutMix chat widget